Keadaan dalam tapak penahanan Penahanan warga bangsa Jepun di Amerika Syarikat

Keadaan hidupnya para tahanan pemerintah ini bergantung kepada tahap bertanggungjawab badan yang mentadbir kem tahanan ini. Tapak-tapak penahanan ini sendirinya dikawal melalui perjanjian antarabangsa.

Pada tahun 1943, Setiausaha Dalam Negeri Harold L. Ickes menulis antaranya bahawa "keadaan di sebahagian kem tahanan bangsa Jepun itu teruk dan makin menburuk dengan mendadaknya..."[28]

Kemudahan

Tapak penahanan warga Jepun ini terletak di kawasan terpencil dari bandar-bandar dan kota, di mana tempat sebegini dijaga anggota bersenjata. Para tahanan dibenarkan duduk bersama keluarga mereka, mereka dilayan dengan baik melainkan jika mereka disahkan melanggar peraturan yang ditetapkan. Ada juga tapak yang membenarkan pergerakan melewati kawasan sempadan bertanda kem namun masih secara terhad dalam lingkungan tapak-tapak penahanan tersebut.[29]

Sebanyak 30,000 daripada warga bangsa Jepun ini dalam lingkungan umur anak-anak yang masih bersekolah,[30] maka kemudahan pendidikan turut disediakan untuk para anak-anak ini. Namun, perbelanjaan pemerintah atas kemudahan sebegini tidak diperuntukkan secara utuh;[31] di mana bilik-bilik darjah dihuni pelajar dengan padatnya malah serba kekurangan dengan buku teks, alatan menulis mahupun tempat duduk khusus.[32]

Keputusan Mahkamah Agung dan pembubaran rancangan

Pada 18 Disember 1944, Mahkamah Agung Amerika Syarikat menghujah mengenai kesahihan tindakan penahanan yang dilakukan di bawah Perintah Eksekutif 9066. Kes Korematsu v. Amerika Syarikat menyatakan bahawa, secara umumnya, penahanan orang-orang Jepun di Pantai Barat menepati perlembagaan. Walau bagaimanapun, situasi Ex parte Endo sebulat suara menyatakan bahawa warganegara setia Amerika Syarikat tidak mengira kaum tidak dapat ditahan tanpa sebab. Kedua-dua peraturan itu menyatakan bahawa penahanan rakyat AS atas tujuan ketenteraan adalah sah, namun tidak pula tindakan pemenjaraan besar-besaran.

Banyak tahanan kehilangan harta peribadi akibat sekatan terhadap barang yang perlu dibawa ke tapak penahanan, lagi-lagi dengan pencurian dan kemusnahan barang-barang disimpan dalam tempat milik pemerintah. Mereka turut dilarang meninggalkan Zon Tentera ataupun berjalan lebih 5 batu (8.0 km) dari rumah sehingga memaksa sesetengah orang berhenti bekerja kerana lokasi pekerjaan yang jauh dari kawasan penahanan mereka.[33] Banyak orang lain dipecat semata-mata kerana keturunan mereka.[34][35][36]

Rujukan

WikiPedia: Penahanan warga bangsa Jepun di Amerika Syarikat http://caselaw.lp.findlaw.com/scripts/getcase.pl?n... http://books.google.com/books?id=GCFT3SXwsWQC&prin... http://books.google.com/books?id=ORE5wfUNdccC&pg=P... http://articles.latimes.com/1998/feb/28/local/me-2... http://www.nddcreative.com/sfjhw/sfjhw_pdf/sfjhw_s... http://www.fdrlibrary.marist.edu/_resources/images... http://amhistory.si.edu/perfectunion/non-flash/rem... http://www.archives.gov/genealogy/immigration/enem... http://www.colorado.gov/dpa/doit/archives/wwcod/gr... http://www.nps.gov/